Friday, October 8, 2010

RAISE YOUR HAND,STOP CHILD ABUSE NOW! GET ON BOARD

Salam Satu Malaysia aku ucapkan kepada semua. Telah lama aku tinggalkan blog ini dan kali terakhir blog post untuk blog ini ketika menjalankan aktiviti menyokong bantuan buat ADIK AMMAR. Korang ingat lagi bukan bagaimana perihatinya rakyat Malaysia menghulur bantuan kepada adik AMMAR. Dengan Kerjasama semua orang termasuk NUFFNANG, Usaha untuk mencari dana dijalankan dengan pantas. Aku cukup terharu sambutan yang telah diberikan oleh semua.


Sekali lagi kemunculan entri ini adalah dibuat agar ramai pihak perihatin mengenai ISU PENDERAAN terhadap Kanak-kanak yang seolah-olah tiada kesudahan. Atas kesedaran dan keperihatinan , Dengan ini aku telah mengaktifkan Kesemua Iklan BANNER NUFFNANG blog ini kepada BANNER CHARITY ADs untuk menyokong kempen Raise you hand,Stop Child Abuse NOW!! "GET ON BOARD" anjuran UNICEF.

Aku harap dengan kempen sebegini tahap kesedaran rakyat Malaysia terhadap ISU PENDERAAN lagi tinggi dan dapat sama-sama berjuang dengan memberi kesedaran kepada orang ramai tentang ISU ini. Dengan ini secara rasminya pengaktifan CHARITY BANNER bermula sekarang. Mintak sahabat sebar-sebarkan moga kita mendapat manafaat darinya.

Untuk turut serta menyokong kempen ini korang boleh daftar kat "LINK" dibawah.

1 comment:

Syarih said...

Weh..ape lama tak update blog nih..eheh...